Friday, March 31, 2017

Yusuf Minggu 12 : Tak Nangis Dah 😃😃😃

Jumaat, 2 Rejab 1438H


Ini entri kedua untuk hari ni. ^__^. Sebenarnya hari ni saya cuti kerana menjaga Yusuf yang demam dari hari Rabu. Bila anak tak sihat, mamanya kenalah bercuti. Dari hari Rabu jugalah tak masuk pejabat.


Menjaga si kecik ni sepanjang masa kena duduk depan mata dia. Kalau hilang dari pandangan mulalah menjerit. Amboi, tak bolehlah mamanya nak ke mana pun. Bila dia terlelap, saya ambil kesempatan tulis blog! 


Oklah, tema pembelajaran Yusuf minggu lepas ialah pakaian. Pagi tadi dah up entri pasal budak-budak ni belajar pakai baju sendiri.


Entri ni pula, teacher mereka pakaikan lagi sekali costume haiwan. Nampaknya semua sudah boleh terima untuk pakai. Takde lah macam bulan dulu tu melalak, meraung bagai sampai berjujuran airmata. Hihihi..


Ini Yusuf dengan costume burung...

Burung kakak tua,
Hinggap di pintu gerbang,
Yusuf sudah dua,
Giginya sudah terbang.
😊


Pakai costume, main puppet.
Costume itik tu Nia...makwe Yusuf, opps!! ^_~


Bermain puppet dalam khemah.










Yusuf Minggu 12 : Belajar Pakai Sendiri

Jumaat, 2 Rejab 1438H


Di taska Yusuf bukan saja bermain memantapkan motor skillnya, malah dia dan rakan-rakannya diasuh menguruskan diri. Sebagai permulaan, mereka cuba belajar memakai pakaian sendiri.


Gambar di bawah saya sktech kan untuk melindungi hak anak-anak ni daripada dipergunakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Risau pulak kalau gambar mereka dijadikan bahan tak sepatutnya...

Masa ni nak menukar baju waktu pagi kepada baju tidur. Ada yang masuk baju ikut kaki pun ada 😄. Budak-budak, kalau tak diajar manalah mereka tahu, kan.


Pakai baju dengan pertolongan teacher.


Ada juga yang boleh pakai sendiri tanpa bantuan.

Yusuf sedang memakai baju dibantu teacher. Kebetulan, hari tu Yusuf bawa baju tidur berbutang, memang belum pandailah nak masuk tangan bagai. Hehehe


~ kagum dengan cikgu-cikgu taska yang mendidik, mengasuh dan melayan karenah anak-anak kecik dengan penuh kesabaran ~








Thursday, March 30, 2017

Menghabiskan Masa Bermain Dengan Anak

Khamis, 2 Rejab 1438H


Cuti sekolah minggu lepas kami tak makan angin ke mana-mana.


Sebabnya Amir dan Amirah ada kelas tambahan. Kemudian, Sabtu Ahad Amirah bersambung pulak training bola baling untuk ke peringkat daerah.


Yusuf ke mana lagi kalau bukan ke taska. Daniel, Sabtu pertama cuti sudah ikut rombongan sekolah buat lawatan ke Kedah dan Penang.


Makanya, mama papa kerojelah macam biasa. Nak balik kampung, dekat sangat! Hari-hari pun memang balik kampung sepanjang cuti lepas kerana menghantar Daniel yang tak ada apa-apa program untuk transit kat rumah Atok.


Hujung minggu pulak, papa ada games bola. Amir wajiblah mengikut, almaklumlah bodyguard papa. Amirah ada training bola baling lagi.


Tinggallah kami bertiga..... Lepas hantar Amirah ke sekolah, mama terus tegak ke padang kawad istana, menghabiskan masa nak bermain dengan Daniel Yusuf. Kalau mengikut kata hati aku suka dok rumah ajer menguruskan rumahtangga yang diabaikan selama seminggu. Tapi kesian kat anak-anak kalau mamanya bersilat kemas rumah, dia orang tengok tv jer lah, tak buat apa-apa.


Jadi, minggu lepas korbanlah sikit masa aku untuk mereka......

Main bola di padang




Tengok burung atas pokok

Memegang embun pagi



Kejar burung yang landing kat atas tar



Walkton dengan anak-anak. Kami jalan sampai hujung. Penat woi, basah ketiak dibuatnya!

Dah penat, kami rehat dulu sambil sarapan yang dibawak dari rumah.

Lepas makan sambung main bola lagi. Gambar bermain bola takde sebab aku pun dok main sekali dengan mereka.

Cukup masa nak ambil Amirah baru kami berangkat balik. Itupun jenuh memujuk si Yusuf.....

Mama : Yusuf jom kita balik, ambil kakak
Yusuf : Taknak! Mama jom-jom main bola [sambil pegang bola]
Mama : ok, jom.

Dalam masa yang sama aku remind banyak kali kat Yusuf - 'sikit lagi kita balik ye'.

Aku bagi tempoh 5-10 minit kat Yusuf, cukup masa angkat masuk kereta. Dia 'rela terpaksa' ajer lah sebab dah mind setting kena balik......huhuhu



p/s: budak-budak usia ni, tak payah jalan jauh-jauh. Aktiviti macam ni pun dah seronok sangat bagi mereka. 🏃🏃🏃
Emaknya pulak yang penat tak terkata, sebabnya bukan kategori 'ibu muda' lagi. 😂😂😂












Tuesday, March 28, 2017

Yusuf Minggu 11 :: Mari Menganyam ^_^

Selasa, 29 Jamadilakhir 1438H


Bila cikgu Yusuf sebut 'Mari Menganyam', mula-mula mama fikirkan menganyam tikar......hehehe, tapi bila dah dapat gambar rupa-rupanya Yusuf dok buat lacing - masukkan tali ke dalam lubang, tarik keluar dan masuk lagi.


Pada kita lacing ni 'kacang mak lodeh' sangat tetapi pada anak-anak macam mereka ni, tak berapa nak kacang! Jenuh juga nak memasukkan tali tu. Terkial-kial, berpinar bijik mata agaknya ^_^













Faedah lacing/menganyam :

✔ meningkatkan kemahiran motor halus
✔ menajam daya tumpuan dan fokus
✔ meransang koordinasi mata dan tangan yang baik untuk anak menguasai kemahiran memegang pensel kelak.
✔ mengajar erti kesabaran







Monday, March 27, 2017

Yusuf Minggu 11 :: Roleplay Doctor & Patient

Isnin, 28 Jamadilakhir 1438H



Yusuf sedang membelek ubat dan peralatan perubatan ^_~

Rakan-rakannya

Bersama teacher

Doctors

Doktor dengan pesakit hehehe...T__T




Sekarang ni musim panas. Minggu lepas, kami sekeluarga diserang batuk. Habis semua ber 'kong-kong-kong' sana-sini. Sampai ke hari ini pun masih batuk lagi. Hari ini pulak, Amir tumbang demam dek kerana Sabtu Ahad seharian berjemur tengah panas menonton papanya bermain bola sepak.







Saturday, March 25, 2017

Yusuf Minggu 11 : Bubble Time


Sabtu, 26 Jamadilakhir 1438H


Minggu lepas Yusuf dengan kawan-kawannya ada outdoor activity. Mereka mandi kolam. Yehaaa!!


Sehari sebelum tu, teacher dah pesan siap-siap datang taska esok pagi pakai pakaian yang bersesuaian. Sebabnya lepas breakfast mereka nak terus terjun kolam 😊


Memandangkan Yusuf tak pernah ada swimwear, mama pakaikan Yusuf overall saja....hehe. Maklumlah, selama ni dok terjun lata ajer, mana pernah proper attire bila nak berenang. Kira set lah, teacher pun takde complain apa-apa. Janji tak berb*g*l sudahlah kan.


Jadi inilah dia aktiviti mereka pada hari Khamis lepas......

Berkumpul dulu di tepi kolam menunggu air naik. Kata teacher pagi tu air slow, lambat nak penuh. Yusuf dan kawan-kawan 2 tahunnya, kumpulan yang tengah tu. Kecik ajer berbanding dengan budak lain dah besar sikit.


Dah mula turun seorang demi seorang.....Yusuf yang mana satu, carilah ya.


Bukan main seronok lagi deme siap pakai goggle, watergun pun ada dibekalkan teacher!


Main tak hengat donia dah!! 😄😄😄


Menurut teacher, Yusuf mandi kolam tak takut langsung dengan ramai-ramai orang ni.....Main ajer dengan kawan-kawan. Yusuf seronok, teacher pun seronok.


Kalau dah begitu, mama pun seronok jugaklah. ^_~













Thursday, March 23, 2017

Yusuf Dua Tahun

Khamis, 24 Jamadilakhir 1438H


" Now he's two. Your child spent most of last year developing his motor skills, like walking, running, and reaching out. This year you'll see a lot of changes in his thinking. About now he starts to form images in his mind, organise categories and arrange things in order. His memory is also improving and a minority of children of this age will already know their basic colours. Some can even count up to five." 


Yusuf anak mama,
Selamat hari lahir
Semalam, 22 Mac, Yusuf sudah genap dua tahun...

Mama rasa baru kelmarin Yusuf adalah baby
Tapi hari ini, Yusuf sudah pun dua tahun ^_^

Cepatnya Yusuf membesar
Tetapi jangan risau
Setiap memori tetap segar dalam ingatan dan doa' mama...

Setiap hari mama sayang Yusuf
Bahkan mama sayang semua anak-anak mama
Abang-abang dan kakak
Semuanya sama saja

Kalau kasih sayang mama itu ada 100
Jika dibelah bahagi
Ambillah 25% seorang....hehehe

Semalam juga, lepas maghrib mama demam secara terperanjat
Membungkus ajer atas katil menggeletar kesejukkan

Jadi tak ada lah sambutan ulang tahun
Lagipun, majlis menyambut birthday jarang sangat berlaku dalam keluarga kami


Yusuf, kakak dan abang Daniel di majlis harijadi sepupu mereka Februari lepas.

"Ya Allah, jadikan lah Yusuf anak yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal."



Terima kasih doakan Yusuf ^__~










Friday, March 17, 2017

Rezeki Datang dan Pergi

Jumaat, 18 Jamadilakhir 1438H


Awal bulan Mac dulu, cadangnya aku nak pergi tengok temasya sukan Amirah dan Daniel. Tetiba, sehari sebelum hari kejadian tu, cermin tingkap kereta aku buat hal lah pulak.


Aku turunkan cermin tingkap selepas menghantar Amir ke sekolah sebab nak jerit memanggil dia. Boleh pulak si Amir tu tertinggal wang saku kat seat kereta. Sudahnya, duit dah diberi, cermin kereta pulak jem tak boleh naik semula. Tak ke naya!


Lepas tu, macam biasa aku terus ke pejabat. Dengan rasa tanpa was-was aku parking kereta macam biasa dengan tingkap ternganga. Tak ada pun rasa risau kereta kena kebas ke apa. Tapi kawan-kawan yang menengok pulak yang seriau, risau kereta aku hilang kena angkut dek penyamun. Boleh pulak gitu. Siap beri nasihat suruh aku cepat-cepat baiki cermin yang dah jem tu.


Kebetulan, petang tu masa habis waktu kerja nak balik rumah hujan turun selebat-lebatnya. Habis lencun badan aku tak dapat nak ditepis-tepis lagi. Memang kena baiki juga cermin tu nampak gayanya.


Masa pergi workshop keesokkan harinya, temasya sukan sedang berlangsung. Maka tak dapatlah aku nak menyaksikan Amirah dan Daniel dalam perbarisan rumah sukan. Rumah mereka dapat juara pulak tu, dengan tema Mickey Mouse...[rumah merah]. Selain itu, Amirah masuk acara olahraga 4 x 100meter antara sekolah-sekolah di daerah tempat aku ni. Dapat pingat Perak. Itu pun aku terlepas nak tengok!

Cermin tingkap sedang dibaiki. Suis power autonya sudah terbako. Di tempat duduk pemandu, aku letakkan kusyen dek basah kena hujan semalamnya. Sadis betul!

Seminggu lepas tu pulak, lepas balik kerja aku dengan Yusuf merayau ke rumah emak sekejap, sementara Amirah dan Daniel belum habis kelas kafa. Kebiasaannya, lepas ambil Yusuf di taska, aku akan terus ke sekolah kafa dan menunggu di situ sampai mereka keluar kelas.


Cuma satu hari itu saja, aku terlewat sampai untuk menjemput Amirah dan Daniel kerana perjalanan dari rumah emak mengambil masa jugaklah. Sampai saja di sekolah, budak-budak sememangnya sudah keluar kelas. Dari jauh nampak Daniel terjengkot-jengkot dengan seluar koyak dan berdarah.


Hai lah, anak-anak ni. Mama baru lambat sikit, macam-macam kes jadi. Kata Daniel, dia main lari-lari, kawannya tertolak lepas tu dia jatuh tergolek atas jalan tar. Berlubang jugak lah lutut tu. Mujur tang lutut yang luka, kalau kepala yang berlubang, matilah naaakkkk!!


Yang jadi sedihnya, pakaian sekolah tu baru ajer dipakai buat kali kedua sebab baru dibeli. Aku takdelah nak pot-pet-pot-pet kat anak-anak. Benda dah jadikan, kalau merepek bertukar hijau sekalipun bukannya boleh bersambung balik seluar tu. Tapi dalam hati geram juga.

Ini dia - seluar koyak berdarah-darah, sebab lutut luka.
Dah kena keluar duit upah nak menampal koyak.


Perkara-perkara macam ni selalu buat aku terfikir, agaknya rezeki yang aku dapat tu tak berkat kot. Mesti ada silap aku di mana-mana dan Allah tarik sikit-sikit secara aku sedar atau pun tidak. Wallahu'alam.


sumber : google













Wednesday, March 15, 2017

Yusuf Minggu 10 :: Catatan Tingkah Laku

Rabu, 16 Jamadilakhir 1438H


Memandangkan cikgu/teacher Yusuf sangat sibuk minggu lepas, mereka tak dapat nak menghantar gambar-gambar setiap aktiviti anak -anak murid, katanya. Maka, kita akur sajalah dengan cakap teacher dan tunggu ajer gambar itu masuk ke group whatapps nanti. 


Walau bagaimanapun, setiap hari buku catatan taska tetap dikemaskini dengan baik oleh teacher Yusuf. Dah kata takde gambar bebudak ni, saya upload 'hitam putih kehidupan' tulisan teacher mengenai Yusuf di minggu ke-10/2017 ni. Sajalah ya buat tersenyum simpul ketika membaca di hari Rabu. Jom, baca [dalam hati]  ^_~


ISNIN, 6/3/2017


Tingkah laku : Yusuf nampak extra happy hari ni.
Yusuf jawab "peti ais" bila ticer tanya contoh peralatan di rumah. Tak pasti Yusuf sebut sendiri atau cikgu yang bagi jawapan. hehe


SELASA, 7/3/2017


Aktiviti : Memasukkan getah ke dalam batang kayu.

Tingkah laku : Yusuf masuk banyak tapi bila kawan dah start main dia pun ikut sama....Dah pandai ikut kawan....cakap ticer Yusuf tak heran dah...aduhai lah!


RABU, 8/3/2017


Aktiviti : Musical Chair - Yusuf main mula-mula tak mahu bangun, hehe. Bila dah faham sikit-sikit and ticer tolong-tolong carikan tempat dapat le Yusuf top-10......cayalah!

Tingkah laku: Yusuf akan tanya dulu 'apa ni?' pada makanan yang dia nak makan. Lepas ticer jawab baru masuk dalam mulut. hehe....banyak akai. ☺


KHAMIS, 9/3/2017


Aktiviti ; Mengenali haiwan jinak dan menyanyi lagu rama-rama

Tingkah laku : kebanyakan haiwan Yusuf dah kenal. Tahniah!!! hehehe"


JUMAAT, 10/3/2017



Tingkah laku : berkelakukan baik 





p/s : sekarang ni saya menulis entri di malam hari. Keesokkannya, baru dipublishkan. Kalau malam tu saya rajin atau tak mengantuk, atau tak penat atau tak malas, maka ada ler entri baru pagi-pagi tu. Jika sebaliknya berlaku, berlegar-legarlah entri lama untuk beberapa hari. BW pun dah jarang, maaf ya. Terima kasih kerana singgah sini ^__^






Monday, March 13, 2017

Thursday, March 9, 2017

Yusuf Minggu 9 :: Mari Kita Menconteng

Khamis, 10 Jamadilakhir 1438H


Tema : Peralatan di Sekolah - Alat Tulis - Memperkenalkan Pensel, Pemadam dan Pembaris ^_~


Menconteng adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh anak-anak termasuklah Yusuf. Kalau di rumah, habis dah cadar tilam, seluar malah kakinya sendiri dicontengnya....Kebiasaannya, saya biarkan saja Yusuf menconteng buku-buku lama dan kertas sebab dengan cara itu Yusuf boleh meransang kreativitinya!

~ Yusuf di rumah ~

Dengan contengan juga, anak-anak dapat meningkatkan kemahiran motor halus, genggaman, koordinasi tangan dan mata, serta kekuatan otot. Oleh tu, mereka dapat mengawal pergerakan jari dengan baik dan dapat menggunakan pensel dengan cara yang betul di awal usia T_T.

Di taska - Yusuf dan rakan-rakan diberi peluang menconteng kertas oleh teacher. Lukislah apa saja dan luahkan isihati serta perasaan melalui lukisan tu yer..hihi

Menggunakan pensel dan pembaris


~ ini hasil karya dari imaginasi Yusuf ~
Ada gaya tak Yusuf pegang pensel dan pemadam? hihi





Wednesday, March 8, 2017

Melihat Helikopter Siri Ke-2

Rabu, 9 Jamadilakhir 1438H


Sewaktu ketika dahulu, kami pernah bergambar berlatar-belakangkan helikopter yang mendarat di padang kawad istana. Masa tu Yusuf baru berumur satu tahun dan dia tak pernah mengenali apa itu helikopter ^_~.


Sekarang, Yusuf sudah dua tahun. Dari kejauhan sudah menjerit helikopter....helikopter.....kalau dia nampak! Kebetulan, Sabtu minggu lalu selepas kenyang makan nasi minyak kenduri kahwin, kami meronda kawasan istana dan ternampak helikopter. Eh! mama pun terus corner baring masuk ke padang kawad sebab nak tunjuk pada Yusuf.


Yusuf pun gembira sebab dapat tengok helikopter dari jarak dekat. Kalau orang tua, apa lah sangat tengok helikopter tu ya hihihi....

~ Amirah ~
Kubah Istana Iskandariah kecik aje sebab jauh!
~ Daniel ~
Datang serapat ini pun dah seriau sebab ada pak polisi yang memerhati
~ Yusuf & Mama ~
ala-ala gambar taknak pandang kamera

~ Gambar keluarga yang jarang lengkap ~

Gambar di atas dirakam oleh Amir yang tak mahu bergambar sekali. Encik Husband pula meneruskan perjuangan mencari nafkah. Justeru itu, saya post gambar-gambar ini ke husband. Tiba-tiba husband membalas dengan gambar di bawah ini............

\/

\/

\/

\/

~ Kubah istana yang besar dan helikopter yang ciput ~

~ Suasana malam di tempat yang sama ~
Helikopter sedang berlegar di angkasa
\/

\/

\/

\/
~ Sampai rumah, berbungkus-bungkus laksa melambak di atas meja ~
kusss semangat, mujur dah kenyang makan kenduri...^_~

Laksa Pak Ngah - salah satu side dish makan malam di istana untuk pemain hoki pada malam tersebut. Sebelum sampai istana, laksa ni transit dulu di rumah kami.
Encik Papa lah punya kerja ni.....