Saturday, September 30, 2017

Yusuf Minggu 29 :: Sukan dan Permainan Lagi

#throwback story
#taska life 2017
#tema bulan ini - alam fizikal


17/07/2017 (Isnin)
Aktiviti : Latihan persembahan untuk sambutan hari raya taska
"Yusuf kena duduk untuk persembahan tapi Yusuf suka menari....hehe. Takpe lah, Yusuf berdiri dengan abang-abang ye." -teacher.


18/07/2017 (Selasa)
Aktiviti : Permainan Tradisional - 'Jan Jala Itik Jala Ayam'
"Seronok main ikut barisan. Bila kena tangkap seronok pula dia, hehe" -teacher.


19/07/2017 (Rabu)
Aktiviti : Latihan persembahan untuk sambutan hari raya taska


20/07/2017 (Khamis)
Aktivit : Latihan persembahan lagi
"Hari ni tal mahu main gitar...Aduhai, nak duduk je....adoi lah. Menangis-nangis bila suruh berdiri" -teacher 😟


21/07/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Raptai Persembahan
Hari ni balik awal. Pukul 12.15 dah kena ambil yusuf di taska sebab ada sambutan hari raya, hari ibu, hari bapa dan hari guru untuk pelajar taska.....Hah! ambik, empat sambutan sekali harung je....hihi.





Yusuf Minggu 28 :: Sukan dan Permainan

#throwback story
#taska life 2017
#tema alam fizikal


10/07/2017 (Isnin)
Aktiviti : Mengenal ABC dan puzzle foam
"Yusuf ikut apa yang ticer sebut. Pandainya....hehe. Nanti kita baca ABC lagi, ok. 😊" -teacher


11/07/2017 (Selasa)
Aktiviti Nature Walk : bercerita awan dan langit.
"Ticer tanya awan warna apa? Yusuf jawab, warna hijau...hehehe. Lepas tu, ticer bagi main taman sebab dah janji dengan dia. ☺" -teacher


12/07/2017 (Rabu)
Aktiviti Fizikal : Basketball





"Seronok sangat dapat baling bola ke jaring, walaupun tak gol...haha. Bila dah turunkan ketinggian baru Yusuf dapat jaringkan gol. Yeahhh...seronok sangat ni!


13/07/2017 (Khamis)
Hari Perjumpaan Dengan Ibu Bapa untuk Tandatangan Rekod Perkembangan (6 bulan pertama)

Hari ni mama pergi taska dengan papa berjumpa Teacher Shikin. Berbincang perkembangan Yusuf di taska.

Alhamdulillah, Yusuf boleh suaikan diri dengan pembelajaran di taska. Menurut ticer, yusuf lebih advance dari rakan-rakan sebayanya. Kata ticer lagi, kadang-kadang ticer jadi risau kalau yusuf cepat bosan sebab apa yang ticer ajar yusuf dah tahu dulu.


14/07/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Latihan persembahan untuk sambutan hari raya taska
"Yusuf nak nyanyi tapi tak tahu lirik. Sudahnya tengok je video klip." -teacher






Yusuf Minggu 27 :: Cuaca


#throwback story
#taska life 2017
#tema alam fizikal-cuaca


03/07/2017 (Isnin)
Aktiviti : mewarna matahari
"Yusuf warna sampai habis. Belakang kertas pun Yusuf warna...hehe. Good job!" -teacher.


04/07/2017 (Selasa)
Aktiviti fine motor skill : bermain feather sticks



"Suka main stick tetapi bila nampak kawan-kawan main puzzle, dia pun nak ikut main. -teacher


05/07/2017 (Rabu)
Aktiviti : bermain bayang-bayang sendiri
"Seronok sangat bila tengok bayang-bayang bergerak. Yusuf siap berlari, melompat dan membuat pergerakan tangan. (explore sendiri). Good job! ☺" -teacher


06/07/2017 (Khamis)
Aktiviti fizikal : main di taman
Aktiviti : kolaj musim hujan
"Yusuf agak sukar untuk melekat kertas untuk titisan air. Mungkin sebab jari dah penuh dengan gam....hehe". -teacher


07/07/2017 (Jumaat)
Aktiviti : The umbrella
"Muka seronok sangat dapat pegang payung dan berjalan. Nampak senyum kambing dia tu....haha. 😀" -teacher

"Sebenarnya awal-awal lagi Yusuf dah kenal apa yang ticer bawa. Payung! Payung! Yusuf dah jerit....hehe. Pandainya dia, 😊" - teacher.