Sunday, April 2, 2017

Saya, Anak dan Gajet

Ahad, 5 Rejab 1438H

Entri ini saya copy and paste dari akaun instagram @lookisslah kepunyaan seorang ibu hebat bernama Adlil Rajiah yang menjadi idola saya sejak beberapa tahun lalu.

Saya c&p tulisan beliau sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mempunyai anak kecil berumur 2 tahun.

Entri ini juga menjawab persoalan mengapa saya sering senyap tak timbul-timbul dalam beberapa group whatsapp. Bukan menyepi atau tak berminat nak menyampuk, tapi handphone saya yang selalu tersimpan rapi dalam beg sampai tak sedar kehabisan bateri.

Sekali caj, tengok beratus mesej masuk...Oh! sadis betullah, kan. πŸ˜‚ πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

********

  • Ketagihan gajet bukan isu kecik-kecik dah sekarang ni.
    It’s almost everywhere,
    it occurs to almost every single human being.
    Dari budak-budak sampai lah ke orang dewasa.

    Kalau dulu, punyalah susah nak tengok orang pegang handphone.
    Tapi sekarang, susah nak tengok orang tanpa handphone.
    Kan?

    Dan hampir 80% manusia yang memiliki handphone adalah Nomophobia.
    Iaitu mempunyai behaviour yang tak boleh hidup tanpa handphone.
    Handphone mesti sentiasa di tangan.
    Kalau tak, rasa gelisah semacam.

    So bila kita golongan dewasa ni dah semakin ketagihan gajet,
    slowwwwwly kita sebenarnya sedang membawa anak kepada ketagihan yang sama.
    Kenapa?

    Sebab in parenting—
    We always lead by example.
    Sedar atau tidak,
    anak-anak sedang melihat, meniru dan mencontohi kita.

    Didikan adalah bukan berbentuk nasihat semata-mata,
    tapi contoh dan sikap yang kita tunjukkan adalah yang paling membentuk anak-anak sebenarnya.

    Dah macam-macam isu dapat kita lihat pada generasi anak-anak kita sekarang.
    Kurang ransangan saraf.
    Kurang kemahiran kognitif.
    Kurang ketahanan fizikal.
    Kurang kemahiran bertutur dan berkomunikasi.
    Kurang kawalan emosi, dan tantrums yang teruk.
    Dan macam-macam lagi.

    Betul, semua ni bukan berpunca daripada pendedahan gajet semata-mata,
    tapi gajet adalah salah satu punca utamanya!
    Anda boleh search di Google Scholar,
    dalam kajian psikologi atau perkembangan kanak-kanak tentang kesan gajet terhadap anak-anak.

    Anda mungkin takkan percaya sekarang.
    Tapi saya pasti anda akan mula percaya, bila kesan-kesan tersebut mula terlihat pada anak-anak anda nanti.
    Na’uzubillahi min zalik.

    So hari ni, saya nak kongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketagihan atau keinginan gajet pada anak-anak.
    Sebab menurut kajian, ketagihan gajet yang tidak dikawal dan dibiarkan berlarutan,
    akan membantutkan perkembangan anak-anak dan meninggalkan kesan negatif pada behaviour mereka sehingga boleh menjadi amat mirip seperti autisme.

    So control now,
    before it’s too late.
    .
    Berikut adalah 6 perkara yang wajib anda buat, jika mahu kurangkan ketagihan gajet pada anak-anak dengan cepat:
    .
    Read more below πŸ‘‡πŸ‘‡�

  • 1) Jangan charge handphone / tab sehingga full.

  •      [ini yang selalu saya buat]


  • Charge gajet sehingga 15-20% sahaja untuk mengehadkan penggunaan secara tidak langsung. Anak-anak akan terpaksa berhenti main gajet sejurus bateri habis, dan mula mencari aktiviti lain untuk dilakukan.

  • 2) Set passcode, and fahamkan anak bahawa gajet itu kepunyaan ibu bapa.

    Jangan pernah beri hakmilik gajet kepada anak-anak.
    Fahamkan mereka bahawa gajet tersebut adalah hak milik ibu bapa,
    dan mereka mesti patuhi peraturan yang disediakan.
    Pasang password pada gajet dan jangan benarkan anak key-in password tersebut sendiri.

    3) Limit the time.

    Tetapkan had masa untuk gunakan gajet pada satu-satu masa.
    Menurut kajian, anak di bawah 9 tahun, had masa selamat untuk didedahkan gajet adalah 15-20 minit untuk satu-satu masa.
    Dan pendedahan maksimum adalah 1 jam sehari.
    Ini bukan sahaja untuk gajet,
    tapi termasuk juga pendedahan TV.

    4) Teamwork is important

    Pastikan anda suami isteri faham rule yang sama.
    Jangan bila isteri larang anak guna gajet,
    Suami pulak bagi anak guna gajet.
    Atau sebaliknya.

    Teamwork is key.
    Ibu bapa yang tiada teamwork dalam mendidik anak,
    akan perlahan-lahan kehilangan kuasa dan hormat daripada anak kelak.

    5) Mealtime and bedtime = no gadget at all

    Tetapkan bahawa waktu makan dan waktu tidur adalah waktu haram untuk guna gajet.
    Peraturan ini bukan saje perlu dipatuhi oleh anak-anak, tapi juga mesti dipatuhi oleh ibu bapa.
    Ingat, anak-anak melihat contoh dan sikap ibu bapa,
    bukan nasihat ibu bapa.

    6) Find alternative activities to gadget.

    Kenalpasti minat anak-anak anda dan jadikan itu sebagai aktiviti alternative untuk mengalih perhatian mereka daripada gajet.

    Berikut adalah 4 aktiviti yang bagus untuk mengalih perhatian anak daripada gajet, seterusnya mengurangkan ketagihan gajet bukan saje untuk anak-anak, tapi juga untuk kita ibu bapa.

  •  πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
  • 1) Physical or Outdoor Activity

    Banyakkan fizikal aktiviti contohnya jogging, bermain di taman permainan, etc.
    Atau kalau takde masa untuk keluar,
    buat some physical activities di rumah contohnya,
    basuh kereta bersama anak-anak,
    siram pokok atau berkebun bersama anak-anak,
    menari dan bersenam mengikut rentak lagu,
    mengemas rumah, menyapu atau mengemop bersama anak-anak.

    2) Alternative Bedtime Routine

    Kalau sebelum ni anda selalu habiskan masa sebelum tidur dengan gajet,
    Sekarang ubah dengan rutin lain.
    Contohnya, reading books, main board games, melukis/mewarna, berbual dengan anak-anak, etc.

    3) Responsibility is priority.

    Latih diri dan anak-anak untuk selesaikan setiap tugasan atau tanggungjawab dahulu, sebelum melayan gajet.
    Senaraikan “things-to-do” anda dan anak-anak setiap hari, dan pastikan setiapnya selesai.

    Contohnya,
    Buat homework,
    Mengaji 2 mukasurat,
    Siapkan beg dan baju sekolah,
    Kemas bilik.

    4) Social activity

    Libatkan diri dan anak-anak dengan aktiviti sosial seperti playgroup, gathering, family day dan sebagainya.
    Latih diri dan anak-anak untuk lebih berinteraksi dengan “real people” instead of gadget or social media yang sebenarnya menjadikan kita semakin anti-social.


    Itu saje perkongsian dari saya untuk sesi #SharingbyFounder kali ni.
    Semoga kita sama-sama dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan anak-anak, dan bukan dengan gajet.

    Salam sayang,
    @rajiahnasir .







9 comments:

  1. Entri yg bagus! Fae suka tips yg no 1 tu.

    ReplyDelete
  2. Masa melihat ke luar masa duk dlm kereta ,rata2 orangramai yang sedang menunggu bas,merenung ke handphone.Tersedar diri sendiri pun sama....Berkata dalam hati apa kan akak jadi masyarakat skg.

    ReplyDelete
  3. Henpon mendekatkan yg jauh..
    Menjauhkan yg dekat KB..

    Tq kongsi info bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Bagus actually buat activity luar ni.. bersocial dengan orang2 luar dari main gadget jer kan

    ReplyDelete
  5. betul sangat tu enfon ada ditangan sentiasa, jadi ibubapa pun kenalah had penggunaan enfon dirumah, lebihkan masa dengan anak2 bila dirumah.. susah sebenarnya nak buat macam tu tapi kita kena cubalahkan..saya lah ni

    ReplyDelete
  6. Memang betul pun sekarang ni jarang nampak orang tak pegang smartphone. Hampir 24-7 mata tertumpu pada skrin smartphone. Saya sebenarnya pegang smartphone bila ada masa free dan kalau suami takda dan anak-anak tak perlukan tumpuan. Kalau main game pun sebelum saya tidur, kiranya lama selepas anak-anak tidur.

    Tapi itulah, anak-anak saya masih ketagih gajet lagi. Saya set password, saya simpan gajet mereka tapi tetap juga bila diberi peluang guna, tak ingat dunia!

    ReplyDelete
  7. Ohhh.... baru tau kenapa kome tak timbul timbul Ti...rupanya mengikut jejak langkah Puan Rajiah ek. OK mak dah faham sekarang.
    Mmg setuju sangat apa yg dia tuliskan tu. Banyak betulnya.
    Tapi dah terlanjur ketagih ni susah pulak nak berhenti hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 Mak dah besar panjang tak apa lah...tak perlu nak control2 lagi. Lagipun keakraban Mak sekeluarga sudah tak perlu dipertikaikan lagi w/pun sentiasa bergajet semuanya, kan Mak.

      Saya ni haa, anak2 kecik lagi. Kalau tak dibendung, mmg mereka ngadap hp 24 jam!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^