Thursday, November 17, 2016

Giveaway Sempena Anniversary ke-21 HainomOKje

Assalamualaikum

Kalau menengokkan follower blogger yang ini, memang ramailah ye. Pasti ramai juga yang mengenali beliau termasuk aku.

Ada ke sesiapa yang tak kenal dengan Mak ni lagi? Meh-meh sini aku nak kenalkan.

Aku pun sebenarnya baru ajer kenal beliau. Rasanya belum sampai setahun pun. Tapi dia punya kenal dah macam pernah bersua muka. Ramah-tamah bila mengomen, alahai panjang berjela jugaklah. Siap tinggalkan tanda seru lagi untuk aku bagi jawapan...Tak gitu Mak? ^_~

Pada mulanya aku saja-sajalah menyapa beliau dan beri salam perkenalan. Tak lama lepas tu, beliau membalas kunjungan dan tinggalkan jejak kasih nya. Bukan setakat mengomen entri terakhir, malah dibalunnya terus 3-4 entri sekali dikomennya. Memang rajin lah si blogger ini mengeratkan silaturrahim, gitu! Paling terharu, dok mengajar buat jemput-jemput kurma, hahaha T___T
Blog beliau sangat santai. Ayat-ayatnya bersahaja. Gaya menyembang ajer. Takde lah susah nak memikir, pasti faham apa yang disampaikan. Kadang-kala bila terkeluar bahasa 'jaws' nya, alamak! memang tak dapeklah nak nolong. Kaum kerabatnya ajerlah yang faham! Aku cuma sempat belajar dari arwah Tok, - sici, loro, telu, papat jer...^_^

Genre keluarga dan aktiviti harian yang paling banyak diluahkan. Kalau setakat masak rentung, atau kek runtuh itu bukanlah sesuatu yang pelik diblognya. Relaks ajer bagi beliau untuk berkongsi dengan rakan-rakan alam maya. Woi, woi, jangan marah, Mak!

Perkara yang selalu menjadi buah mulut jiran-jirannya ialah selfie-melfie. Memang itu sudah sinonim dengan jiwa Mak agaknya, ye. Adakalanya tahap kelakar sampai orang nak muntah hijau. Aduhailah Mak oiii!.

"Kalau saya baca kisah Mak di pejabat, officemate boleh kata saya mereng gelak sorang-sorang depan desktop, tau Mak!."

Tak kering gusilah kalau baca celoteh Mak ni. Idok pulok jemu nak datang lagi, walaupun nak muntoh ijo, katanya! Itu belum lagi sawan dia menular satu badan. Pitam kawan-kawan dia membaca!

Maka, aku letakkan blog hainomOKje salah satu bloglist di blog aku. Cumanya, sekarang ni, aku agak sibuk. Banyak dah ketinggalan episod cerita beliau.

Ni ha, antara selfie Mak yang buat aku mengekek sorang-sorang sampai terjangkit sawan Mak kat aku!
Amboi! mengada sangatlah kalau tengok yang ini tau...
Dalam pada sibuk tu, hari ini aku ambil sikit kesempatan nak berkongsi kegembiraan dek kerana esok anniversary beliau ke-21, katanya.

Lama dah bertahan tu ya, Mak. Pelbagai asam garam kehidupan dah dilalui. Moga-moga ikatan perkahwinan dan jodoh kalian diberkati Ilahi dan dilimpahi barakah setiap masa hingga ke akhir hayat.


Yang ini, satu lagi agenda mengada! Aduh..tak tahan dah ni!
PakJilapah jangan marah.
HAPPY ANNIVERSARRY KE-21 UNTUK
HAINOM DAN SUAMI



p/s: Eh! Mak, hari ni malam Jumaat. Mengelupur satu badan kalau dengar, dapat 'kambing' katanya!, kan Mak?? ^___^












12 comments:

  1. Hahaha! Dalam sibuk, dalam diam, join juga rupanya KB ya!

    Bagus ni ada semangat persahabatan yang kuat walaupun ikatan persahabatan kita semua hanya di alam maya. Mesra rasa macam dah lama kenal di alam nyatakan!

    Mak mesti senyum lebar ni macam ni. Rakan-rakan turut serta dalam GAnya.

    Bab muntah hijau, muntah kaler-kaler tu kita kena redhalah KB. Memang itu kelebihan MakJilap ni, nak buat macamana. Kenalah kita tadah jerk guna plastik hitam!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi join Rul.... walaupun tengah sebok kira duit dalam laci kan katanya.... Weyh takkan tak siap siap lagi dari hari tu haish....Yelah fahamnya, laci kome kan banyak hihi....

    Terima kasih kerana menghargai persahabatan alamaya ini Rul....terima kasih jugak atas doanya. Baik tak komen mak hari ni? hihi

    ReplyDelete
  3. betul..xpenah bersua tapi rasa mesra sgt..harapnya antara kita dan yg lain-lain pun mcm tu jgk (even perangai daku nih mmmg kurang mesra yakmat....xreti nak rapat2 dengan orang mesra2 tepuk tampar memang dop lerrr..)

    ReplyDelete
  4. Good luck KB... kami pun join bagi sokongan kat Mak yg ayu tu... haha... moga ada rezeki menang :)

    ReplyDelete
  5. Hahaha sy bca entry akk pn nk tegelak klakar gud luck kak

    ReplyDelete
  6. good luck SM. rasa kemesraan rakan maya tu, walaupun tak pernah bersua

    ReplyDelete
  7. Good luck KB for your enty dari Minah Kiwi. MK tak sempat nak join contest ni sebab busy skit dengan family issue.

    All the best untuk KB

    ReplyDelete
  8. tAHNIAH DA MENANG!! SINGGAH DARI GA Y SAMA

    ReplyDelete
  9. Tahniah. menang juga dia! Meh kita tersenyum kambing bersama-sama. Haha

    ReplyDelete
  10. Gambar ala2 Titanic tu mmg CH muntah ijo tengok 😅😂😃
    Nampak benor ngada die tu haha..
    Dalam kita mengutuk mak hainom ni..
    Tak sangka menang pulok..
    Tahniah KB..
    Duit 50 tu dah masuk laci jugak ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan CH, saya kalau tulis memang seikhlas hati, takde ler nak mengipas ke, mengaircond ke...tak sangka PakJilap terpikat dgn ayat2 'kutukan' saya tu...hihihi ^_^

      50 tu dah saya bawak anak2 dan suami makan di restoran. ckp kat dorang MakJilap belanja!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^