Friday, June 3, 2016

Mandi Kolam

Assalamualaikum

Ini cerita lama. Rentetan cerita Bercuti Di Tempat Sendiri #1 dan #2. Dah tak tahu sangat nak buat apa, asyik tidur baring dalam hotel, memasak dan makan. Petang tu kami ke kolam. Nama panjangnya Kompleks Kolam Renang Kuala Kangsar. Nampaklah aktivitinya sikit. Kolam sebelah belakang hotel tu jer.


Pada mulanya kami berjalan kaki ke kolam renang. Sebaik sampai, waktu dah nak hampir tamat. Lagi setengah jam macam tu. Selepas ditanya, bayarannya tetap sama. Cukup masa kena keluar juga. nanti tak puas anak-anak mandi. Jadi kami ambil waktu yang lain, masuk pukul enam petang. Balik landing hotel dulu.


Datang kali kedua, kami naik kereta sebab dah tentu keluar nanti cuaca dah gelap. Tak nak lah jalan gelap-gelap gitu. Oh ye, bayarannya murah sangat. Dewasa RM2, Kanak-kanak RM1 dan FOC untuk 3 tahun ke bawah. Untuk mamanya kalau tak nak mandi tak perlu bayar. Tapi aku bayar jugak sebab nak bawak Yusuf berendam. So..kiralah, berapa jer yang kami bayar.


Daniel dan Yusuf mandi di kolam budak-budak. Mestilah budak-budak tempatnya budak-budak. Amirah nak mandi di kolam dewasa. Dah siap pakai pakaian yang proper. Tak boleh pakai sesuka hati. Budak-budak takpe..singlet macam Daniel tu pun dikira pass, boleh masuk mandi.


Amir memang awal-awal lagi dah terjun di kolam dewasa. Kaki melonjong panjang mana sesuai mandi dengan adik-adik. Lagi pun dia boleh berenang, tak jadi masalah lah bagi Encik Amir yang sentiasa perasan macho dan hensem ni.


Mereka tiga beradik. Amirah pun boleh berenang sikit-sikit. Awal-awalnya, Si abang besar panggil si adik mandi sekali di sini. Daniel terkedik-kedik berlari bawa pelampung. Dari jauh penjaga kolam tiup wisel, halau Daniel ke tempat budak-budak. Sedih lah dia.

Lepas tu, di waktu-waktu kecederaan...kami terpandang ada anak ca ya nun alip berenang-renang anak itik tok wi kat hujung kolam pakai pelampung. Boleh pulakkan? Lepas tu, Amirah suruh Daniel masuk. Diam ajer penjaga tu. Seronok lah mereka bertiga berenang gaya bebas dan sebagainya.


Mama dengan Yusuf di sini ajer lah. Kalau mandi di rumah Yusuf bukan main lagi, selagi tak puas main air tak nak keluar dari bathtub. Di sini dia menjerit-jerit, takutkan apa entah. Tapi satu yang aku tak larat nak layan. Dia menjerit tunjuk kat gelongsor tu. Suruh aku gelongsor sekali dengan dia. Aduhai anak, kalau mama naik mahu jadi badak jatuh dalam air nanti. Sekali-sekala Kak Mira bawakkan dia. Dah banyak kali...tak mahulah si kakak.

Sampai pukul tujuh jer kami mandi. Dah nak maghrib dah masa tu. Kalau ikutkan masa, ada lagi 45 minit boleh mandi. Tinggal lah ca ya nun alip saja yang masih berendam. Yang muslim semua sudah beredar.

Itu ajer lah yang nak diceritakan hari Jumaat ni. Nantikan kesudahan cerita mandi kolam selepas entri ini.

5 comments:

  1. Assalam. Budak2 memang takde lain laaa.. cuti mesti kolam.. haha

    ReplyDelete
  2. Memang happy anak-anak jumpa air, biasa kompleks kolam renang daerah simple je tapi nampak ada air terjun mushroom macam taman tema air kan..untung tu, sejuk aunty tengok :)

    ReplyDelete
  3. Anak-anakkan kalau jumpa swimming pool, memang suka betul. Mak-mak pun suka juga sebenar, yalah sekali-sekala dapat rendam-rendam dalam air katanya ^_^

    Saya kalau pergi kolam renang ni itulah masalah besar. Yang besar kena pergi kolam dewasa sebab besar sangat nak terjun dalam kolam kanak-kanak. Yang kecil kena pergi kolam kanak-kanak. Mommy mereka ni yang tentu arah dibuatnya, anak mana satu yang nak diperhati-perhati selalu!

    ReplyDelete
  4. seronoklah anak2 dapat main ayor ye..

    salam ramadhan kak, maaf anadai ada tersalah kata masa saya komen2 kat blog akak ye

    ReplyDelete
  5. Dulu dulu masa baru tau Putrajaya ada kompleks kolam renang cenggini, mak selalu dth KB. Tiap tiap minggulah jugak sebab tgh jakun kan hihi....lagi pun anak tgh kecik. Sekarang ni setahun sekali pun susah nak datang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^